EN | BM
OBJEKTIF | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Objektif polisi adalah: | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
a) | sebagai saluran dan memberi bimbingan kepada Pemberi Maklumat untuk melaporkan sebarang Salah Laku dan menerangkan prosedur untuk membuat laporan tersebut; | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
b) | memberi makluman awal kepada pihak Pengurusan tentang sebarang Salah Laku; | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
c) | memberi jaminan kepada Pemberi Maklumat bahawa mereka akan dilindungi daripada apa-apa pembalasan sekiranya melaporkan sebarang Salah Laku dengan niat baik; dan | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
d) | membina budaya keterbukaan, akauntabiliti dan integriti. |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
SKOP | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
1. | Polisi ini mentadbir pelaporan sebarang Salah Laku dan penyiasatan terhadap laporan Salah Laku tersebut, serta perlindungan yang ditawarkan kepada Pemberi Maklumat. |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
2. | Polisi ini TIDAK terpakai atau TIDAK meminda polisi dan prosedur EcoWorld International berkenaan keluhan atau aduan pekerja individu berkaitan prestasi kerja, terma dan syarat pekerjaan, yang akan terus ditadbir dan disemak oleh Bahagian Group Talent Management EcoWorld International. |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
DEFINISI | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
1. | Pemberi Maklumat: Mana-mana orang atau entiti yang membuat laporan berkaitan Salah Laku (kesulitan laporan dilindungi) lazimnya dirujuk sebagai Pemberi Maklumat. Pemberi Maklumat mungkin adalah pekerja, penjual, kontraktor, konsultan, pelanggan kepada EcoWorld International ataupun orang awam. Peranan pemberi maklumat adalah sebagai pihak yang melaporkan. Pemberi maklumat bukanlah penyiasat atau pencari maklumat dan mereka juga tidak menentukan tindakan sesuai yang patut dikenakan terhadap pesalah laku. |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
2. | Salah Laku: Contoh salah laku termasuk tetapi tidak terhad kepada penipuan, termasuk penipuan kewangan dan penipuan perakaunan, rasuah atau amalan sogokan, kecurian atau penyelewengan, penyalahgunaan kedudukan atau penyalahgunaan kuasa, pelanggaran undang-undang dan peraturan, pelanggaran Kod Tatalaku dan Etika Perniagaan EcoWorld International dan polisi-polisi lain, tingkahlaku atau amalan tidak beretika, atau apa-apa perbuatan sengaja yang direka untuk menyebabkan kerugian kepada Kumpulan EcoWorld International. |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
TANGGUNGJAWAB | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
1. | Pekerja Para pekerja dikehendaki mengakui Polisi Pemberian Maklumat ini. Ini adalah untuk memastikan bahawa para pekerja telah membaca dan memahami Polisi Pemberian Maklumat ini dan menyedari komitmen EcoWorld International untuk menyediakan persekitaran kerja yang bebas dari sebarang pembalasan sekiranya melaporkan sebarang Salah Laku. |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
2. | Pemberi Maklumat Pemberi Maklumat hendaklah bertindak dengan niat baik dan tidak boleh membuat tuduhan palsu ketika melaporkan suatu Salah Laku. |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
3. | Suspek/ Pesalah yang Disyaki Suspek atau pesalah yang disyaki mempunyai kewajipan untuk memberi kerjasama penuh kepada para penyiasat. |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
4. | Penyiasat Para penyiasat hendaklah mengendalikan segala urusan penyiasatan dengan segera, serius dan secara sulit. Mereka hendaklah bersikap bebas, tidak berat sebelah dalam fakta dan penampilan, dan merahsiakan identiti Pemberi Maklumat, melainkan pendedahan tersebut dikehendaki oleh undang-undang selaras dengan penyiasatan. |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
5. | Peserta Penyiasatan Para pekerja yang ditemuduga atau diminta memberikan maklumat berkewajipan memberikan kerjasama penuh kepada para penyiasat. Para peserta yang terlibat dalam penyiasatan hendaklah menahan diri daripada membincang atau mendedahkan hal-hal berkaitan siasatan. |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
PERNYATAAN POLISI | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
1. | EcoWorld International komited terhadap integriti dan tingkahlaku beretika dengan membina dan mengekalkan suasana di mana para pekerja boleh bertindak dengan sewajarnya, tanpa rasa takut terhadap apa-apa pembalasan. Bagi mengekalkan standard ini, EcoWorld International menggalakkan para pekerjanya yang mempunyai kebimbangan terhadap Salah Laku yang disyaki, untuk tampil ke hadapan dan menyatakan kebimbangan mereka tanpa rasa takut akan menerima hukuman atau layanan yang tidak adil. |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
2. | EcoWorld International menjalankan perniagaannya berdasarkan prinsip-prinsip keadilan, kejujuran, keterbukaan, kesopanan, integriti dan penghormatan. Ia adalah polisi EcoWorld International untuk menyokong dan menggalakkan para pekerjanya untuk melaporkan dan mendedahkan sebarang Salah Laku, dan EcoWorld International akan menjalankan siasatan penuh terhadap laporan dan pendedahan tersebut. EcoWorld International memberi jaminan bahawa semua laporan akan disiasat dengan segera dan disimpan secara sulit dan sebarang pendedahan hanya akan yang dibuat atas dasar “perlu tahu” untuk tujuan membantu siasatan dan/atau untuk melaksanakan tindakan yang sewajarnya berikutan siasatan tersebut. |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
3. | EcoWorld International berusaha untuk melindungi sesiapa yang tampil untuk membuat laporan, menyertai atau membantu dalam siasatan berkenaan sebarang Salah Laku yang disyaki secara munasabah. EcoWorld International mengambil serius sebarang aduan berkaitan tindakan yang disyaki atau cubaan melakukan gangguan, balas dendam, ancaman, paksaan atau intimidasi. Sesiapa yang bertanggungjawab dalam insiden pembalasan terhadap mana-mana pekerja yang melaporkan suatu Salah Laku akan dikenakan tindakan disiplin yang sewajarnya, termasuk kemungkinan penamatan pekerjaan. Sesiapa yang bekerja untuk atau bagi pihak EcoWorld International, yang terlibat dalam pembalasan terhadap pekerja yang melaporkan Salah Laku, juga akan dikenakan penalti sivil, jenayah dan pentadbiran. |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
4. | Kawalan dalaman dan prosedur operasi EcoWorld International bertujuan untuk mengesan, mencegah atau menghalang aktiviti yang tidak betul. Walau bagaimanapun, sistem kawalan yang terbaik tidak dapat memberikan perlindungan yang mutlak terhadap penyelewengan. EcoWorld International mempunyai tanggungjawab untuk menyiasat dan melaporkan kepada pihak yang berkenaan dakwaan Salah Laku yang disyaki dan mengambil tindakan yang wajar. Para pekerja dan pihak lain digalakkan untuk menggunakan panduan yang disediakan di dalam polisi ini untuk melaporkan segala Salah Laku yang disyaki atau aktiviti tidak wajar. EcoWorld International berharap semua pekerja bertindak dengan niat baik dan tidak membuat tuduhan palsu apabila membuat laporan berkenaan Salah Laku. Seorang pekerja yang dengan sengaja, dengan pengetahuan atau secara melulu membuat pernyataan atau pendedahan yang tidak berniat baik boleh dikenakan prosedur tatatertib, termasuk penamatan pekerjaan. |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
5. | Prosedur | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
6. | Pengubahsuaian Polisi AJKPM dan Ahli Lembaga Pengarah EcoWorld International berhak untuk mengubahsuai polisi ini secara unilateral pada bila-bila masa tanpa notis. Pengubahsuaian polisi ini mungkin diperlukan, dan antara sebabnya adalah untuk mengekalkan pematuhan selaras dengan peraturan persekutuan atau peraturan negeri dan/atau untuk menyelaraskan polisi ini dengan perubahan organisasi dalaman EcoWorld International. |
Sekiranya terdapat apa-apa ketidakselarasan antara versi Bahasa Inggeris dan versi Bahasa Malaysia untuk Polisi Pemberian Maklumat ini, versi Bahasa Inggeris akan digunapakai